Friday, November 19, 2010

RM 28

1 Kotak untuk 40 hari
Pengambilan: Lepas makan sehari sekali
Jangan ambil ketika haid

Jamu ini adalah 100% asli dihasilkan secara tradisional tanpa sebarang bahan kimia. Jamu ini tidak komersial seperti kebanyakan jamu komersial yang lain. Seperti yang kita sedia maklum, kebanyakan jamu komersial telah hilang keaslian dan ketulenannya. Apa yang membahayakan sekali ialah kandungannya telah dicampur dengan bahan-bahan kimia dan tiruan yang lain. Dangan ikhlas dan jujur,Jamu Mak Long adalah salah satu jamu yang dijamin keasliannya. Saya juga merupakan salah seorang daripada pengamal jamu ini. Hasil daripada pengambilan jamu ini tidak dapat dilihat dalam masa yang pendek tetapi dalam jangka masa yang panjang. Hasilnya ialah:

~ Kulit cantik
~ Kelancaran haid
~ AWET MUDA

Apa yang ingin saya tekankan di sini ialah hasil yang dapat dilihat selepas pengambilan jamu ini ialah anda akan kekal muda di masa hadapan. Tidak seperti jamu komersial lain yang menjanjikan pelbagai perubahan yang memberansangkan tetapi tidak kekal lama. Saya adalah seorang wanita yang baru berusia 22 tahun dan saya berasa terpanggil untuk berkongsi berita baik ini bersama keluarga terdekat dan teman-teman rapat saya apabila saya mendengar, melihat dan merasai sendiri kemujaraban jamu ini. Hari ini, saya ingin berkongsi dengan masyarakat di luar sana iaitu anda. Sehingga kini, jamu ini menjadi keperluan harian saya. Di sini juga saya ingin menceritakan tentang pengasas jamu ini iaitu Mak Long. Mak Long merupakan seorang tukang urut yang rapat dengan ibu saya dan dia berusia 62 tahun. Dia tidak dilihat sepeti wanita berusia 60an tetapi seperti wanita berusia 40an. Cuba anda bayangkan 20 tahun jarak usia yang dapat dilihat, sangat memberansangkan!
Saya mahupun anda sendiri merasakan jamu seperti ini sukar dicari zaman sekarang. Kembali kepada tradisi asal, tidak dapat dinafikan kebanyakan orang Indonesia kelihatan sangat cantik dan muda termasuklah bibik saya kerana mereka tidak mengamalkan jamu komersial tetapi jamu buatan sendiri. Jadikanlah jamu sebagai sebahagian dari rutin harian anda.

2 comments:

  1. ada tak jamu untuk lelaki .... tak kan perempuan je nak kelihatan muda... lelaki bagaimana ?

    ReplyDelete
  2. jamu ni laki dan perempuan boleh makan ye..

    ReplyDelete